“Kak...berapa harga jubah kaftan tu?” tanya
seorang daripada lima wanita yang sedang berdiri di depan meja booth tempat
saya menjual batik…kelihatan ada di antara mereka yang berbisik.
“Lima puluh…,” belum sempat saya habis menjawab,
wanita itu terus menyampuk, “Empat puluh ringgit jerrrrr…,” katanya sambil
sedikit mencebik dan dengan nada sinis.
“Maaf dik, Akak tak mampu jual pada harga tu, tak
lepas pelbagai kos dan modal pun,” saya cuba membalas reaksi mereka dengan
tenang. Mereka ketawa dan berlalu.
Hati sedikit terguris dengan reaksi mereka.
Mungkin kerana kami saling mengenali, mungkin juga saya belum biasa dengan
dugaan sebegitu kerana saya baru sahaja berniaga sepenuh masa, atau mungkin
juga saya terlalu sensitif.
Pada masa sama, saya sangat bertuah dan bersyukur
kerana ada beberapa sahabat yang sangat menyokong ‘dunia’ baharu saya.
Ada yang beli pakaian batik, ada yang selalu beli
kuih-muih dan makanan yang saya jual. Ada antara mereka membeli bukan sahaja
sehelai, malah berhelai-helai. Bukan sedikit makanan malah banyak - untuk
‘berkenduri’ dengan rakan-rakan sepejabat.
Bukan saja membeli sekali malah berkali-kali --
yang secara tidak langsung membantu memasarkan produk saya.
Kebanyakan mereka tidak putus-putus memberikan
semangat agar saya tabah dan tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan
perniagaan.
Saya juga sangat menghargai sahabat-sahabat yang
sentiasa menyemarakkan semangat dan mempunyai keyakinan bahawa, “Sari, kau
mampu, kau boleh”… walaupun mereka tidak pernah membeli apa-apa dari saya. Saya
tak kecil hati sedikit pun.
Malah, ada kalangan penjual batik lukis dalam
talian yang menjadi sahabat baharu saya – memberikan semangat serta banyak
panduan dan nasihat mengenai batik lukis.
“Bila berniaga, tak boleh sensitif!” tegas
seorang sahabat.
Terima kasih sahabat semua.
Berbalik kepada kisah batik, ada rakan-rakan,
kenalan dan saudara-mara yang bertanyakan “Kenapa batik, kenapa tidak tumpukan
pada makanan?”…jawapannya bukan sahaja
agak panjang lebar malah saya mungkin agak emosi bila menjelaskannya.
Jadi ringkasnya, “Saya mahu lihat orang ramai
pakai batik lukis tempatan, bukan batik import. Bukan fabrik yang menyerupai
batik atau lebih tepat ‘batik tiruan’ keluaran kilang milik pengeluar ternama.
Saya akan terus memasak, menjual kuih-muih dan makanan seperti biasa, InsyaAllah.”
Memang, setiap orang punya hak memilih pakaian
sendiri. Itu saya faham.
Cuma yang sukar saya fahami adalah alasan yang
diberikan – tidak beli batik lukis tempatan sebab mahal, harga beratus-ratus
ringgit.
Atas alasan itu juga, ramai orang tidak yakin
untuk berniaga batik lukis tempatan. Jika ada sekalipun, kebanyakannya memang
sejak lama berniaga batik.
Malah ramai juga pekerja di kedai batik yang
memberitahu bahawa sukar menjual produk batik lukis tempatan. Malangnya, pelanggan
juga mempunyai tanggapan serupa.
Seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, saya
pernah diajukan soalan,“Tak susah kah nak jual batik lukis. Batik mahal dan
niche sangat?”
Hakikatnya...memang susah nak jual apa pun...jika
kita fikir ia susah.
Batik lukis sangat mahal? Tak lah!
Kalau beli yang sutera...memanglah harga agak
tinggi ...nama pun sutera. Takkan nak pakai sutera setiap hari!
Sekarang ni ada banyak batik daripada kain kapas
(cotton)- yang pelbagai kualiti di pasaran. Harganya semua mampu bayar!
Jika anda mampu membeli blouse berharga dalam
lingkungan RM100 hingga RM200, maka anda pasti mampu membeli sepasang pakaian
daripada batik lukis. Begitu juga kemeja
batik lukis lelaki dan pakaian kanak-kanak.
Terpulang nak yang mana, motif apa, kualiti dan
berapa bajet!
Bila kita cakap pasal kualiti, bukan sekadar
kualiti kain tu cotton viscose, cotton span, fuji, sutera atau satin...
Lihat juga kualiti corak...ada yg nampak coraknya
macam straight forward, ada yang nampak berlapis-lapis, corak kaku, corak
penuh, naif, tradisional, abstrak dan seumpamanya.
Ada yang coraknya kelihatan halus berseni, ada
juga yang bagaikan contengan manakala ada yang macam lukisan budak sekolah.
Hakikatnya, nothing can go wrong with batik...
Tepuk dada tanya selera, bukan makan jer ada
pelbagai selera...
Ada yang suka seni, ada yang suka contengan, ada
yang suka abstrak...
Ada yang suka corak sedikit, ada yang suka corak
penuh dan macam-macam selera kita.
Jadi, usah nak banding orang tu jual batik
‘serupa’, lebih murah atau lebih mahal...
Tengok semua aspek tu...dan nilai sendiri
Itu belum dilihat jahitannya. Kemas atau
sebaliknya?
Hakikatnya bukan sahaja fabrik membuat batik
terdiri pelbagai kualiti dan kategori, pelukis batik juga terdiri daripada
pelbagai kategori, begitu juga tukang jahit…
Jadi...jom beli batik lukis tempatan
Jom pakai batik lukis Malaysia setiap hari