Dulu
& Sekarang
Ketika
di Kampung
Berbual dengan anak remaja dari satu
topik ke topik lain, sampailah ke topik timun dan tembikai.
Timun itu…timunlah, tembikai tu tembikailah…tapi
ada orang yang panggil tembikai tu timun…
Mahu tidak mahu, kita terimalah
hakikat, “lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya”. Justeru, ada
yang merujuk tembikai sebagai timun.
Timun
Teringat ketika usiaku belasan tahun,
seorang saudara menggunakan getah timun untuk merawat rekahan tumit…
Tetapi di rumah ku boleh dikatakan
sentiasa ada timun kerana ulam-ulaman adalah salah satu hidangan wajib untuk
hidangan Ayah (arwah), selain sambal belacan. Hidangan lain Ayah tidak cerewet.
Bonda pula selalu masukkan potongan
timun ke dalam asam rebus atau kari ikan keli/sembilang.
Lebih daripada itu, tak banyak yang
difikirkan tentang timun.
Tembikai
Tembikai pula…bak hidangan wajib di
bulan Ramadan, pada bulan-bulan lain…begitu-begitu saja, ada atau … tak kisah
Arwah nenek selalu makan tembikai
dengan kicap, memang sedap sangat…
Dah Jadi Warga Kota
Dulu-dulu, ketika mula bekerja dan
tinggal di bandaraya KL, aku mula ‘belajar’ makan nasi ayam dan timun semestinya
termasuk dalam ‘pakej’ hidangan.
Gerai nasi campur pun menghidangkan
timun sebagai salah satu ulam-ulaman, namun tidak semeriah sekarang.
Tembikai…seingat aku…lebih kerap makan
tembikai yang dihidangkan di hotel-hotel ketika bertugas. Gerai…jarang sediakan
‘desert’
Masa silih berganti…”tiba-tiba”
bagaikan ramai yang celik akan manfaat timun dan tembikai.
Ramai yang memperkatakan khasiat timun
dan tembikai… malah khasiat macam-macam buah-buahan, herba dan pelbagai macam
semakin diketengah dan dipersoalkan.
Ke arah hidup sihat katanya…memang
langkah yang baik!
Jadi eloklah kita sama-sama kongsi
khasiat timun dan tembikai…berdasarkan bacaan-bacaan dan amalan selama ini:-
TIMUN
1. Bisa tapak kaki/tumit -- Timun diblend
dan dicampurkan dengan madu - bagi menghilangkan bisa-bisa tumit.
Alhamdulillah…sudah dicuba dan berkesan. (Petua
dari #muharsafakiranabacho
2. Nyahtoksid -- Potongan timun dicampur daun
pudina dan potongan lemon diisi ke dalam air dan disimpan semalaman dalam peti
sejuk boleh menyahtoksin. Juga telah dicuba…bersedialah untuk berulang-alik ke
bilik air. Minuman ini meringankan badan.
3. “Jajan” --Timun dikatakan terdiri daripada
90% air. Jadi makanlah timun sebagai
“jajan” boleh menggantikan air yang hilang dari badan, menghilangkan panas
badan.
4. Nak kurus --Timun juga dikatakan
sebagai sumber yang baik untuk
menurunkan berat badan.
5. Menyejukkan -- Selain baik untuk meredakan
pedih ulu hati, timun juga boleh meredakan kesan sunburn.
6. Kulit cantic --Timun mengandungi kandungan
tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan
kecantikan kulit, maka banyak digunakan dalam pelbagai ramuan di pusat-pusat
spa.
7. Memberi tenaga -- Timun terdiri daripada
sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan termasuk vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem
imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
8. Mata -- Letakkan kepingan timun pada mata
bagi membantu mengurangkan bengkak di bawah mata , timun ada ciri-ciri anti
radang.
9. Sembelit – Membantu sembelit yang kronik.
10. Penyakit – Timun juga di percayai boleh
menurunkan tahap kolesterol serta baik untuk merawat tekanan darah tinggi, tekanan darah rendahdan bermanfaat untuk
penghidap kencing manis.
11. Mulut -- Jus timun boleh membantu menyembuh
dan menyegarkan sakit gusi.
12. Buah pinggang -- Timun merendahkan tahap
asid urik di dalam badan dan dapat mengekalkan agar buah pinggang sihat bila
makan timun.
13. DAN BANYAK LAGI…
TEMBIKAI
1. Sunnah – Tembikai bukan sahaja makanan
kegemaran Rasulullah SAW. Antara kisah yang pernah aku baca:“ Satu hari telah
dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan
bersabda: “Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang
halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari
syurga.”
2. Khasiat
--Menurut The World's Healthiest foods,
kajian mendapati tembikai adalah antara buah-buahan yang mengandungi Lycopene
tinggi justeru amat penting untuk kesihatan kardiovuskular. Ia juga kaya dengan
vitamin A dan C, asid folik, magnesium,zink
dan antioksidan.
3. Tenaga -- Jus
tembikai bukan sahaja enak diminum malah memberi tenaga dan serta memulihkan
sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sembuh daripada penyakit atau
menjalani pembedahan.
4. Toksid -- Jus tembikai boleh membantu
menyembuhkan pelbagai penyakit aakaibat kesan toksik dalam tubuh.
5. Penyakit
--Tembikai dipercayai mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
termasuk sakit kepala, masalah paru-paru, masalah kulit, artritis, gout serta
keracunan akibat berlebihan asid urik.
6. Asid -- Amalan
meminum jus tembikai boleh mengurang assid berlebihan dalam darah kerana ia
membantu melaancarkan pengaliran darah.
7. Asma --Kandungan
Vit C dalam tembikai boleh mencegah asma.
8. Tekanan darah --
America Journalof Hypertension mendapati ekstrak tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada
pergelangan kaki dan tekanan darah arteri brachial di kalangan orang dewasa pertengahan umur
yang mempunyai masalah berat badan.
Kalium di dalamnya merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada menyembitkan pembuluh arteri.
9. Penghadaman --
Kandungan air dan serat dalam tembikai membantui mencegah sembelit dan
menggalakkan sistem penghadaman yang sihat.
10. Tidur -- Kolina (Choline) yang terdapat dalam
tembikai sangat penting dalam membantu
tubuh ketika tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan daya ingatan.
11. Cegah kanser --
Kandungan Vit C dan antioksidan yang
tinggi dalam tembikai boleh membantu memerangi
pembentukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.
13. Kawal dahaga --
Kandungan 92 peratus air dan kaya dengan elektrolit membantu mengatasi masalah
badan terhidrasi terutamanya ketika berpuasa atau tubuh berpeluh.
14. Sakit otot
-- Kandungan dalam tembikai juga dapat
mengurangkan kesakitan otot berikutan kehadiran asid amino (citrulline), kata
penyelidik.
15. Mata -- Vit A
dalam tembikai sangat baik untuk melawan jangkitan serta mencegah penurunan
daya penglihatan.
16. Keperluan badan
-- Pengambilan sepotong tembikai mencukupi untuk memenuni keperluan badan
selama setengah hari.
Rasulullah pernah
bersabda, "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita
memakannnya (tembikai) sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari
golongan umatku dari sekarang sehinggalah kepada hari kebangkitan ."
Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan tembikai. Aamalan memakan buah
tembikai sebelum makan boleh membersihkan usus sekali gus menghindarkan
penyakit.
Sumber : Rata-rata