Sunday, 8 November 2015

MAKAN MINUM TIMUN TEMBIKAI


Dulu & Sekarang
Ketika di Kampung
          Berbual dengan anak remaja dari satu topik ke topik lain, sampailah ke topik timun dan tembikai.
          Timun itu…timunlah, tembikai tu tembikailah…tapi ada orang yang panggil tembikai tu timun…
          Mahu tidak mahu, kita terimalah hakikat, “lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya”. Justeru, ada yang merujuk tembikai sebagai timun.

       Timun
          Teringat ketika usiaku belasan tahun, seorang saudara menggunakan getah timun untuk merawat rekahan tumit…
          Tetapi di rumah ku boleh dikatakan sentiasa ada timun kerana ulam-ulaman adalah salah satu hidangan wajib untuk hidangan Ayah (arwah), selain sambal belacan. Hidangan lain Ayah tidak cerewet.
          Bonda pula selalu masukkan potongan timun ke dalam asam rebus atau kari ikan keli/sembilang.
          Lebih daripada itu, tak banyak yang difikirkan tentang timun.
          Tembikai
          Tembikai pula…bak hidangan wajib di bulan Ramadan, pada bulan-bulan lain…begitu-begitu saja, ada atau … tak kisah
          Arwah nenek selalu makan tembikai dengan kicap, memang sedap sangat…
       Dah Jadi Warga Kota
          Dulu-dulu, ketika mula bekerja dan tinggal di bandaraya KL, aku mula ‘belajar’ makan nasi ayam dan timun semestinya termasuk dalam ‘pakej’ hidangan.
          Gerai nasi campur pun menghidangkan timun sebagai salah satu ulam-ulaman, namun tidak semeriah sekarang.
          Tembikai…seingat aku…lebih kerap makan tembikai yang dihidangkan di hotel-hotel ketika bertugas. Gerai…jarang sediakan ‘desert’
          Masa silih berganti…”tiba-tiba” bagaikan ramai yang celik akan manfaat timun dan tembikai.
          Ramai yang memperkatakan khasiat timun dan tembikai… malah khasiat macam-macam buah-buahan, herba dan pelbagai macam semakin diketengah dan dipersoalkan.
          Ke arah hidup sihat katanya…memang langkah yang baik!
          Jadi eloklah kita sama-sama kongsi khasiat timun dan tembikai…berdasarkan bacaan-bacaan dan amalan selama ini:-
TIMUN
1.      Bisa tapak kaki/tumit -- Timun diblend dan dicampurkan dengan madu - bagi menghilangkan bisa-bisa tumit. Alhamdulillah…sudah dicuba dan berkesan. (Petua  dari #muharsafakiranabacho
2.    Nyahtoksid -- Potongan timun dicampur daun pudina dan potongan lemon diisi ke dalam air dan disimpan semalaman dalam peti sejuk boleh menyahtoksin. Juga telah dicuba…bersedialah untuk berulang-alik ke bilik air. Minuman ini meringankan badan.
3.     “Jajan” --Timun dikatakan terdiri daripada 90% air.  Jadi makanlah timun sebagai “jajan” boleh menggantikan air yang hilang dari badan, menghilangkan panas badan.
4.    Nak kurus --Timun juga dikatakan sebagai  sumber yang  baik untuk  menurunkan berat badan.
5.     Menyejukkan -- Selain baik untuk meredakan pedih ulu hati, timun juga boleh meredakan kesan sunburn.
6.     Kulit cantic --Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit, maka banyak digunakan dalam pelbagai ramuan di pusat-pusat spa.
7.     Memberi tenaga -- Timun terdiri daripada sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan termasuk  vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
8.     Mata -- Letakkan kepingan timun pada mata bagi membantu mengurangkan bengkak di bawah mata , timun ada ciri-ciri anti radang.
9.     Sembelit – Membantu sembelit yang kronik.
10.  Penyakit – Timun juga di percayai boleh menurunkan tahap kolesterol serta baik untuk merawat tekanan darah tinggi,  tekanan darah rendahdan bermanfaat untuk penghidap kencing manis.
11.    Mulut -- Jus timun boleh membantu menyembuh dan menyegarkan sakit gusi.
12.   Buah pinggang -- Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan dan dapat mengekalkan agar buah pinggang sihat bila makan timun.
13.   DAN BANYAK LAGI…

TEMBIKAI


1.    Sunnah – Tembikai bukan sahaja makanan kegemaran Rasulullah SAW. Antara kisah yang pernah aku baca:“ Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda: “Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga.”
2. Khasiat --Menurut  The World's Healthiest foods, kajian mendapati tembikai adalah antara buah-buahan yang mengandungi Lycopene tinggi justeru amat penting untuk kesihatan kardiovuskular. Ia juga kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium,zink  dan antioksidan.
3. Tenaga -- Jus tembikai bukan sahaja enak diminum malah memberi tenaga dan serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
4.  Toksid -- Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan pelbagai penyakit aakaibat kesan toksik dalam tubuh.
5. Penyakit --Tembikai dipercayai mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuk sakit kepala, masalah paru-paru, masalah kulit, artritis, gout serta keracunan akibat berlebihan asid urik.
6. Asid -- Amalan meminum jus tembikai boleh mengurang assid berlebihan dalam darah kerana ia membantu melaancarkan pengaliran darah.
7. Asma --Kandungan Vit C dalam tembikai boleh mencegah asma.
8. Tekanan darah -- America Journalof Hypertension mendapati ekstrak tembikai  mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki dan tekanan darah arteri brachial  di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang  mempunyai masalah berat badan. Kalium di dalamnya merendahkan tekanan darah dan  menghalang kolesterol  daripada menyembitkan pembuluh arteri.
9. Penghadaman -- Kandungan air dan serat dalam tembikai membantui mencegah sembelit dan menggalakkan sistem penghadaman yang sihat.
10. Tidur  -- Kolina (Choline) yang terdapat dalam tembikai sangat penting dalam  membantu tubuh ketika tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan daya ingatan.
11. Cegah kanser -- Kandungan Vit C dan antioksidan  yang tinggi dalam tembikai boleh membantu memerangi  pembentukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.
13. Kawal dahaga -- Kandungan 92 peratus air dan kaya dengan elektrolit membantu mengatasi masalah badan terhidrasi terutamanya ketika berpuasa atau tubuh berpeluh.
14. Sakit otot --  Kandungan dalam tembikai juga dapat mengurangkan kesakitan otot berikutan kehadiran asid amino (citrulline), kata penyelidik.
15. Mata -- Vit A dalam tembikai sangat baik untuk melawan jangkitan serta mencegah penurunan daya penglihatan.
16. Keperluan badan -- Pengambilan sepotong tembikai mencukupi untuk memenuni keperluan badan selama setengah hari.

Rasulullah pernah bersabda, "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita memakannnya (tembikai) sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang sehinggalah kepada hari kebangkitan ." Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan tembikai. Aamalan memakan buah tembikai sebelum makan boleh membersihkan usus sekali gus menghindarkan penyakit.

Sumber : Rata-rata


No comments: