DENGKUR Boleh
Mendatangkan Masalah Tidur yang Serius
Dahulunya, ramai yang menganggap
bahawa hanya golongan lelaki, orang yang gemuk atau golongan yang lebih tua
sahaja yang berdengkur ketika tidur. Tetapi, kini ramai yang didapati
berdengkur, tiada umur tentertu, malah kanak-kanak.
Berdengkur adalah bunyi bising
bernafas ketika tidur. Ia berlaku apabila sebahagian daripada saluran
pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada
aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung
seseorang.
Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di
bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama
lain. Bagaimanapun, berdengkur biasanya tidak membahayakan.
Sebab-sebab
berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit
lembut dan tekak. - Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang
menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara
atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan
atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak.
Tisu tekak yang besar dan tebal -
Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya
berdengkur. Ini juga berlaku di kalangan orang yang berlebihan berat badan dan
mempunyai leher yang pendek dan besar.
Lelangit lembut dan uvula (anak tekak)
yang panjang - Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung
ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
Saluran pernafasan tersekat - Hidung
yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut
udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam
tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan
mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok,
polip dan jangkitan sinus.
Komplikasi
Berdengkur, boleh juga mendatangkan
masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang
itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep
apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.
Rawatan
Bolehkah dengkuran
yang kuat disembuhkan?
Pendengkur yang teruk ialah mereka
yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, Dalam
keadaan ini mereka sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan
keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan
memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa
tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu dilakukan bagi mengenal
pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur
tersebut.
Rawatan
untuk dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada
diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan
oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan
"adenoid". Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.
Pencegahan
Petua untuk
mengurangkan dengkuran:
•Kurangkan berat
badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
•Kurangkan
pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
•Cegah pengambilan
tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
•Elak pengambilan
arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam
tempoh 3 jam, sebelum berehat
•Amalkan tidur pada
waktu yang tetap setiap hari
•Utamakan posisi
tidur mengiring daripada posisi terlentang
•Tinggikan kepala
katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan
lidah tidak tertolak ke belakang
Sumber:
http://www.myhealth.gov
No comments:
Post a Comment