Membuka
Selera dan Menyihatkan
Warna-warna cerah dan ceria boleh
menarik perhatian sesiapa saja. Sama ada pakaian, permainan, minuman, makanan
atau apa saja pastinya, ramai yang mudah tertarik, tidak kira kanak-kanak
mahupun golongan dewasa.
Dalam aspek pemakanan, warna-warna
ceria ini bukan saja mudah menambat selera malah menyihatkan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah
amat penting dalam dalam diet manusia kerana kedua-duanya mempunyai peranan
yang sangat besar dalam penjagaan kesihatan. Hidangan sihat ini juga dapat
membantu keluarga dalam usaha mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
Antara cara terbaik untuk membantu
keluarga anda agar berada dalam keadaan sihat adalah dengan menggalakkan
pemakanan seimbang yang sihat serta bersenam!
Pihak Dietary Guidelines for Americans
menyarankan agar setiap individu memakan lebih banyak buah-buahan dan
sayur-sayuran berbanding makanan daripada kumpulan lain. Ini tidak bermakna
saranan itu hanya sesuai untuk rakyat Amerika saja.
Setiap langkah yang diambil untuk
menambahkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran akan membantu setiap
manusia berada dalam keadaan yang lebih baik. Ini kerana, buah-buahan dan
sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko terhadap pelbagai jenis penyakit.
Sebanyak manakah yang kita perlukan?
Tidak ada jumlah tetap. Keperluan buah-buahan dan sayur-sayuran bagi sesebuah
keluarga sebenarnya banyak bergantung pada jumlah kalori yang diperlukan
seseorang itu iaitu berdasarkan jantina, usia dan tahap aktiviti yang
dilakukannya.
Sebaiknya, jadikanlah buah-buahan dan
sayur-sayuran separuh daripada makanan harian anda. Amalan pengambilan lebih banyak buah-buahan
dan sayur-sayuran pasti dapat menjamin kesihatan seisi keluarga.
Bolehkah seseorang itu makan terlalu
banyak buah-buahan? Anda telah mengambil langkah yang betul dan menyihatkan
sekiranya telah menjadikan buah-buahan sebagai snek serta makanan sampingan
dalam hidangan seharian.
Bagaimanapun, adalah keterlaluan
sekiranya anda hanya makan buah-buahan sebagai pengganti makanan lain umpamanya
sayur-sayuran dan pelbagai makanan yang mengandungi kalsium, protein,
serat serta bijirin. Ingat, adalah
penting untuk mengamalkan diet seimbang.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah
sumber utama nutrien-nutrien yang diperlukan oleh manusia. Antara nutrien
keperluan tubuh manusia adalah seperti berikut:
•Fiber/serat – Diet pemakanan yang
kaya dengan serat telah terbukti mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan
termasuk mengurangkan risiko penyakit koronari. Fiber membantu memenuhi
keperluan tubuh anda serta membuatkan sistem penghadaman yang teratur.
•Vitamin A - Penting untuk kesihatan
mata dan kulit. Ia juga melindungi tubuh daripada sebarang jangkitan.
•Vitamin C - Membantu menyembuhkan
luka dan parut. Ia juga membantu agar gigi dan gusi sentiasa sihat.
•Zat besi - Amat penting untuk
kesihatan darah serta fungsi sel-sel darah.
•Folat - Diet yang menyihatkan dengan
jumlah folat yang cukup boleh mengurangkan risiko melahirkan anak yang
mempunyai masalah berkaitan otak atau spina.
•Magnesium - Magnesium adalah penting
untuk kesihatan tulang dan terlibat dengan lebih daripada 30 enzim di dalam
tubuh manusia. Ketidakcukupan magnesium boleh menyebabkan kekejangan dan
tekanan darah tinggi.
•Kalsium – sangat penting untuk tulang
dan gigi yang sihat. Ia juga diperlukan untuk fungsi beberapa otot, saraf dan
kelenjar.
•Natrium - Amat diperlukan untuk
fungsi-fungsi sel di seluruh tubuh. Bagaimanapun, kebanyakan makanan mempunyai
lebihan natrium yang sering dikaitkan
dengan tekanan darah tinggi.
•Kalium - Diet yang kaya dengan kalium
boleh membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat.
Jadikan hidangan anda menarik,
hidangkannya dalam pelbagai warna! Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang
berwarna-warni - campurkan saja sama ada ia
merah, hijau, kuning, jingga, ungu, putih, oren dan sebagainya.
Hidangan anda bukan saja kelihatan
cantik malah mempunyai pelbagai rasa yang enak sekali gus membekalkan pelbagai
nutrien untuk tubuh. Pinggan anda akan
kelihatan bak pelangi, cantik dan menarik. Bukan saja anda malah, pastinya
anak-anak ceria menikmatinya tanpa dipaksa.
Pelbagaikan diet,
jadikannya menarik dan menyelerakan!
Kelebihan
buah-buahan dan sayur-sayuran
•Rasanya sedap!
•Menyeronokkan – ada
yang rangup, lembut atau berjeli.
• Snek semula
jadi yang mudah didapati, disediakan dan
dinikmati.
•Terdiri pelbagai jenis,
anda punya banyak pilihan.
•Kaya dengan pelbagai
vitamin dan mineral untuk tenaga dan kesihatan.
•Dapat membantu
mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung, tekanan darah
tinggi dan beberapa jenis kanser.
•Secara semula jadi
rendah dalam kalori.
•Penuh dengan nutrien
dalam apa bentuk sekalipun – segar, sejuk beku, ditinkan, kering atau jus.
•Warna dan tekstur
yang pelbagai yang mampu membuka selera.
No comments:
Post a Comment