Thursday, 23 July 2015

BERAYA DI KAMPUNG, BERMALAM DI HOTEL

(Artikel ini disiarkan oleh Bernama)
          Balik kampung sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia setiap kali tiba musim perayaan utama seperti Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.
          Umat Islam yang akan menyambut Aidilfitri, dijangka pada Jumaat ini, juga sudah mulai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman, ingin bertemu sanak-saudara dan meraikan hari bahagia Syawal.
          Ada warga kota yang sudah beberapa generasi tinggal di bandar-bandar besar dan sudah tidak ada keluarga terdekat mahupun rumah di kampung, tetapi masih pulang ke kampung untuk beraya. Justeru, bilik-bilik hotel menjadi pilihan untuk bermalam.
          Penulis membuat tinjauan di beberapa buah hotel untuk mengetahui sama ada menginap di hotel semasa musim perayaan sudah menjadi trend kepada warga kota yang pulang berhari raya di kampung.
FAKTOR KESELESAAN

          "Setiap Aidilfitri dan Aidiladha hotel kami sibuk dengan warga kota yang balik beraya," kata Pengarah Pemasaran dan Jualan, Hotel Grand River View di Kota Bharu, Kelantan, Raja Rusmin Datuk Raja Mahmud.
          "Ada yang tinggal di hotel kerana keselesaan bilik berhawa dingin dan air panas di bilik air kerana terbiasa begitu di bandar," katanya.
          Berfikiran positif, ada yang terpaksa tinggal di hotel kerana ramai sanak-saudara pulang beraya serentak, membuatkan mereka terpaksa menyewa hotel.
           Menurut Raja Rusmin, kadar penghunian pada musim raya boleh mencapai 60 ke 70 peratus, berbanding hari biasa kira-kira 50 peratus sahaja manakala penuh semasa musim cuti sekolah.
          Sementara itu, Pengurus Besar Primula Beach Hotel, di Kuala Terengganu, Terengganu, Mazuki Husin memberitahu sejak enam tahun lalu lebih ramai warga kota yang balik beraya di kampung tetapi bermalam di hotel.
           Mengakui keselesaan sebagai faktor utama, beliau berkata: "Lebih-lebih lagi jika rumah di kampung tiada akses Internet atau anak-anak tidak selesa dengan saudara-mara yang ramai."
           Lazimnya, keluarga berkenaan akan mendaftar masuk sehari atau dua hari sebelum hari raya dan keluar dua hari selepas raya.
          "Setiap pagi mereka akan balik ke kampung dan hanya kembali (ke hotel) pada waktu malam," kata Marzuki.
ADA SAUDARA, TIADA RUMAH
          Di Pulau Pinang, Pengarah Operasi Boustead Hotel & Resort Sdn Bhd Datuk Mokhtar Khir berkata The Royale Bintang Penang, yang dikendalikannya, memang penuh pada musim raya kerana "orang Pulau Pinang balik beraya".
           "Mereka tinggal di hotel dan selalunya bercuti agak lama. Selepas beraya dengan sanak-saudara mereka akan makan angin dan buat aktiviti sendiri," katanya.
          Turut mendapat sambutan ketika musim raya adalah Homestay Lonek, di Batu Kikir, Negeri Sembilan.
          Pengerusi Homestay Badariah Ahmad memberitahu Bernama rumah-rumah di Homestay Lonek ditempah warga kota yang pulang bercuti di kampung itu.
           "Kebanyakan mereka sudah tidak punya ibu bapa mahupun rumah keluarga. Namun kerana mahu beraya di kampung, mereka sewa homestay agar tidak menyusahkan sanak-saudara," jelasnya.
          eliau memuji ibu bapa yang membawa anak-anak pulang beraya di kampung dan berharap tradisi itu tidak akan luput ditelan zaman.
          Umumnya hubungan kekeluargaan masih menjadi keutamaan dan penting bagi kebanyakan rakyat Malaysia walaupun zaman dan cara hidup telah berubah.
SENTIASA BERKASIH SAYANG
          Tidakkah tindakan bermalam di hotel boleh mengundang rasa kecil hati keluarga?
          Menjawab persoalan itu, tokoh motivasi dan inspirasi Prof Dr Muhaya Mohamad berkata hubungan dalam keluarga hendaklah disaluti dengan emosi kasih sayang, memahami serta berlapang dada dan bukannya diselubungi dengki, marah atau beremosi negatif.
           "Maknanya jika hubungan dengan ibu bapa di kampung selalu baik, sentiasa berkasih sayang dan prihatin, memberi wang bulanan, sering mengunjungi atau sekurang-kurangnya menelefon mereka, pastinya mereka akan faham (jika seseorang itu bermalam di hotel)," jelas beliau.
          Dr Muhaya mengakui kewajaran tinggal di hotel sekiranya rumah ibu bapa tidak cukup ruang untuk menampung kepulangan anggota keluarga serta sanak-saudara terdekat dalam satu masa.
          "Bukan saja masalah untuk tidur, malah nak jaga aurat, beribadat dan gunakan bilik air pun susah. Tentu ibu bapa akan faham jika tinggal di hotel kerana memudahkan adik-beradik lain tinggal di rumah," jelasnya.
          Namun, beliau juga meminta ibu bapa berbincang dengan anak-anak sebelum pulang ke kampung. "Lupakan katil empuk, hawa dingin dan keselesaan rumah sendiri untuk seketika. Berkorbanlah sedikit demi membahagiakan hati nenek dan datuk, untuk beberapa hari sahaja," nasihat Dr Muhaya kepada ibu bapa untuk memujuk anak-anak.
          Meraikan hari Lebaran dengan balik kampung bukan hanya untuk makan masakan nenek, atau duit raya atau bergembira sahaja, tetapi lebih daripada itu adalah untuk mengeratkan silaturahim dan bersedekah sesama adik-beradik.
           "Sewajarnya anak-anak menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk ibu bapa di kampung. Ingatlah betapa mereka cuba memberikan keselesaan ketika memelihara kita semasa kecil dulu," katanya.
          Mengajak umat Islam supaya menjadikan Aidilfitri yang lebih bermakna dengan mengetepikan seketika dunia maya, beliau berkata di kesempatan waktu itu tumpukanlah kepada realiti sekeling untuk saling berinteraksi, bertanya khabar atau melakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.
          "Gadget (telekomunikasi) digunakan untuk bergambar masukkan dalam kumpulan WhatsApp bagi ahli keluarga yang tidak balik bercuti di kampung. Itu saya setuju," ujarnya.
BAIK PULIH RUMAH KAMPUNG

          Sementara itu, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Fadlan Mohd Othman mengakui memang pelik jika balik kampung tetapi tinggal di hotel, apatah lagi ketika Hari Raya.
          "Bagaimanapun kita kena tengok isu ini dalam aspek positif dan negatif," katanya.
           Tidak menafikan tindakan itu kurang sopan dan mementingkan diri, beliau menegaskan, ibu bapa tidak sewajarnya mengikut kehendak anak-anak yang jijik untuk tinggal di rumah kampung yang hanya berlantaikan simen atau kayu.
           "Sesebuah keluarga mungkin perlu menyewa dua atau tiga bilik hotel untuk sekurang-kurangnya dua malam. Mereka sepatutnya tinggal di rumah kampung kerana ia hanya untuk beberapa hari saja," katanya.
          Beliau berkata adalah lebih menguntungkan jika kos sewa hotel agak tinggi itu digunakan untuk membaik pulih rumah kampung atau menyediakan kemudahan seperti memasang pendingin hawa atau menaik taraf bilik air supaya lebih selesa pada musim raya akan datang.
          Bersetuju jika terpaksa menyewa bilik hotel disebabkan rumah di kampung kecil untuk menampung kehadiran adik-beradik dan sanak-saudara serentak, Fadlan berkata mereka hendaklah memastikan lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga.
           Beliau memuji warga kota yang masih pulang ke kampung walaupun ibu bapa sudah meninggal dunia malah sanggup menyewa tempat penginapan semata-mata mahu beraya dengan saudara-mara.
          "Eloklah dipelihara silaturrahim, berlapang dada dan saling bermaaf-maafan sempena Hari Raya," kata Fadlan, yang juga Yang Dipertua Himpunan Ulama Muda Malaysia.



PUNCA IRAMA DENGKUR...


DENGKUR Boleh Mendatangkan Masalah Tidur yang Serius
          Dahulunya, ramai yang menganggap bahawa hanya golongan lelaki, orang yang gemuk atau golongan yang lebih tua sahaja yang berdengkur ketika tidur. Tetapi, kini ramai yang didapati berdengkur, tiada umur tentertu, malah kanak-kanak.
          Berdengkur adalah bunyi bising bernafas ketika tidur. Ia berlaku apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

          Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Bagaimanapun, berdengkur biasanya tidak membahayakan.

Sebab-sebab berdengkur
          Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. - Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak.
          Tisu tekak yang besar dan tebal - Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Ini juga berlaku di kalangan orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
          Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang - Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
          Saluran pernafasan tersekat - Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.
Komplikasi
          Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.
Rawatan
Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?
          Pendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, Dalam keadaan ini mereka sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.
          Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu dilakukan bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

Rawatan untuk dengkur
          Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid". Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.
Pencegahan
Petua untuk mengurangkan dengkuran:
•Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
•Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
•Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
•Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
•Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
•Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
•Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang


Sumber: http://www.myhealth.gov

Tuesday, 26 May 2015

MACAM-MACAM PASAL TEH

Minum Teh Lebih Baik Daripada Air Kosong?
          Rata-rata, umum mengetahui dan sentiasa diberitahu bahawa amalan meminum air kosong/putih adalah yang terbaik. Lain pula kisahnya penemuan para penyelidik King’s College, London, UK, tidak lama dulu.
          Mereka mendapati, jika seseorang itu meminum sekurang-kurangnya tiga cawan teh atau lebih setiap hari, tahap kesihatannya boleh meningkatkan berbanding apabila hanya minum air kosong/putih.
          Kajian tersebut, antara lain mendapati, kepercayaan bahawa teh menyahhidrat cairan/bendalir dalam tubuh adalah tidak benar, kerana hakikatnya teh menghidratkan tubuh sepertimana air kosong/putih. Teh bukan saja menghidrat semula tubuh, malah melindungi kita daripada risiko penyakit jantung serta kanser.  Lebih daripada itu, amalan meminum teh sekurang-kurangnya tiga cawan teh atau lebih setiap hari boleh membantu kita menjaga kesihatan gigi dan tulang.

          Para penyelidik terlibat yang tidak dapat menjelaskan secara terperinci mengenai penemuan tersebut bagaimanapun percaya bahawa ianya adalah kerana kandungan flavaniod, sejenis antioksidan polyphenol yang banyak ditemukan dalam buah-buahan, sayuran dan rempah-rempah termasuk teh. Flavonoid berperanan membantu menghalang kerosakan sel.
          Ketua penyelidik, Dr Carrie Ruxton, seorang pakar pemakanan, berkata bahawa teh adalah lebih baik daripada air kosong/putih kerana air hanya menghidratkan semula tubuh, manakala teh menghidratkan semula serta mengandungi antioksidan yang diperlukan tubuh. Dengan teh,  kita memperoleh dua faedah.
          Dalam satu temu bual dengan BBC, Dr. Ruxton berkata, “Kajian ke atas kafeina mendapati ianya mengandungi dos penyahhidrat yang tinggi justeru setiap individu yang meminum minum berkafein menganggap ianya menyahhidrat tubuh.  Tetapi, hakikatnya, jika seseorang itu telah minum secawan teh atau kopi pekat, cairan/bendalir dalam tubuhnya tetap bertambah. Malah, secawan teh mengandungi flourida, yang sememangnya baik untuk gigi.
          Kumpulan penyelidik tersebut mendapati, orang ramai di UK semakin kurang meminum teh  berbanding sebelumnya - mungkin kerana kebanyakan mereka lebih memilih minuman ringan. Golongan yang banyak minum teh di UK adalah mereka yang berusia lebih 40 tahun.
          Hasil menyeluruh kajian tersebut disiarkan dalam The European Journal of Clinical Nutrition.

Gemar Minum Teh Penyebab Kanser Prostat?
       Banyak penyelidikan telah membuktikan teh adalah baik untuk kesihatan. Bagaimanapun, ada pula kajian yang menyatakan bahawa lelaki yang banyak minum teh berisiko tinggi menderita gangguan prostat.
          Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Glasgow University itu dijalankan ke atas lebih 6,000 sukarelawan dengan memantau tahap kesihatan mereka selama 37 tahun. Kajian tersebut mendapati lelaki yang minum lebih daripada tujuh cawan teh setiap hari mempunyai 50 peratus lebih tinggi risiko menghidap kanser prostat berbanding lelaki yang minum secara sederhana atau tidak minum teh langsung.
          Para penyelidik bagaimanapun tidak dapat memastikan samada teh adalah antara  punca meningkatnya risiko kanser prostat atau kerana lazimnya umur mereka yang minum teh adalah lebih panjang, justeru penyakit kanser prostat kerap berlaku apabila mereka lebih berusia.
          Kanser prostat adalah jenis kanser yang kerap berlaku di kalangan lelaki di Scotland dan diagnosis penyakit ini meningkat sebanyak 7.4 persen di antara tahun 2000 dan 2010.    
          Kajian yang bermula pada tahun 1970 itu melibatkan seramai 6016 sukarelawan berumur di antara 21 hingga 75 tahun. Mereka diminta menjawab soalan-soalan mengenai tabiat minum teh, kopi, alkohol, merokok dan kesihatan umum, dan seterusnya diminta menghadiri pemeriksaan kesihatan.
          Hampir suku/seperempat daripada mereka adalah peminum tegar teh. Daripada jumlah itu pula, 6.4 peratus didiagnos menghidap kanser prostat sepanjang tempoh penyelidikan yang memakan masa selama 37 tahun itu.
          Mereka juga mendapati bahawa lelaki yang minum lebih daripada 7 cawan teh setiap hari mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser prostat berbanding lelaki yang tidak minum atau minum kurang daripada 4 cawan sehari.
          “Kami tidak pasti sama ada teh merupkan faktor risiko atau ianya kerana mereka yang minum teh selalunya lebih sihat dan boleh hidup lebih lama di mana pada usia tersebut lebih berisiko menghidap kanser prostat,” menurut Dr. Kashif Shafique, pengersi kumpulan penyelidik dari Glasgow University Institute of Health and Wellbeing itu.       
          “Kami mendapati para peminum tegar teh jarang sekali menghadapi masalah berat badan, tidak minum alcohol dan mempunyai tahap kolesterol yang baik,” tambah Shafique yang menerbitkan penemuan tersebut dalam jurnal Nutrition and Cancer.
          Sementara itu, Dr Kate Holmes, Ketua penyelidikan di Prostate Cancer Charity, berkata terdapat kelemahan dalam penyelidikan itu kerana ia tidak mengambil kira latar belakang sejarah keluarga atau unsur-unsur makanan lain selain tabiat meminum teh, kopi dan alkohol.
          “Oleh itu kami tidak mahu sesiapapun rasa risau bahawa dengan meminum teh secara sederhana sebagai sebahagian amalan pemakanan sihat tidak semestinya meningkatkan risiko menghidap kanser prostat,” katanya.     
          Nota: Kanser prostat atau Barah prostat adalah sejenis kanser yang berkembang di dalam prostat iaitu kelenjar dalam sistem pembiakan lelaki.


PERSOALANNYA…TEH YANG MANA SATU?
Tidak mudah untuk memilih the sekarang ni. Bukan hanya kerana ia didatangkan dengan banyak jenama berbeza malah pelbagai jenis dan bermacam-macam sumber
Antara jenis-jenis teh:
-      Teh Hijau
-      Teh Herba
-      Teh Hitam
-      Teh Putih
-      Teh Kuning
-      Teh Berperisa
-      Teh Oolong
-      Teh Rempah
-      Teh Bunga
Mungkin itu hanyalah sebahagian.  Setiap darpadanya pula mempunyai khasiat berbeza. Teh pula disediakan dengan bermacam-macam cara. Justeru, sewajarnya kita tahu membezakan antara teh yang menyihatkan atau sebaliknya. Begitu juga cara penyediaannya.


HIDANGAN BAK PELANGI

Membuka Selera dan Menyihatkan
          Warna-warna cerah dan ceria boleh menarik perhatian sesiapa saja. Sama ada pakaian, permainan, minuman, makanan atau apa saja pastinya, ramai yang mudah tertarik, tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
          Dalam aspek pemakanan, warna-warna ceria ini bukan saja mudah menambat selera malah menyihatkan.

          Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah amat penting dalam dalam diet manusia kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sangat besar dalam penjagaan kesihatan. Hidangan sihat ini juga dapat membantu keluarga dalam usaha mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
          Antara cara terbaik untuk membantu keluarga anda agar berada dalam keadaan sihat adalah dengan menggalakkan pemakanan seimbang yang sihat serta bersenam!
          Pihak Dietary Guidelines for Americans menyarankan agar setiap individu memakan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan daripada kumpulan lain. Ini tidak bermakna saranan itu hanya sesuai untuk rakyat Amerika saja.
          Setiap langkah yang diambil untuk menambahkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran akan membantu setiap manusia berada dalam keadaan yang lebih baik. Ini kerana, buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko terhadap pelbagai jenis penyakit.
          Sebanyak manakah yang kita perlukan? Tidak ada jumlah tetap. Keperluan buah-buahan dan sayur-sayuran bagi sesebuah keluarga sebenarnya banyak bergantung pada jumlah kalori yang diperlukan seseorang itu iaitu berdasarkan jantina, usia dan tahap aktiviti yang dilakukannya.
          Sebaiknya, jadikanlah buah-buahan dan sayur-sayuran separuh daripada makanan harian anda.  Amalan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran pasti dapat menjamin kesihatan seisi keluarga.
          Bolehkah seseorang itu makan terlalu banyak buah-buahan? Anda telah mengambil langkah yang betul dan menyihatkan sekiranya telah menjadikan buah-buahan sebagai snek serta makanan sampingan dalam hidangan seharian.
          Bagaimanapun, adalah keterlaluan sekiranya anda hanya makan buah-buahan sebagai pengganti makanan lain umpamanya sayur-sayuran dan pelbagai makanan yang mengandungi kalsium, protein, serat  serta bijirin. Ingat, adalah penting untuk mengamalkan diet seimbang.

          Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber utama nutrien-nutrien yang diperlukan oleh manusia. Antara nutrien keperluan tubuh manusia adalah seperti berikut:
          •Fiber/serat – Diet pemakanan yang kaya dengan serat telah terbukti mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan termasuk mengurangkan risiko penyakit koronari. Fiber membantu memenuhi keperluan tubuh anda serta membuatkan sistem penghadaman yang teratur.
          •Vitamin A - Penting untuk kesihatan mata dan kulit. Ia juga melindungi tubuh daripada sebarang jangkitan.
          •Vitamin C - Membantu menyembuhkan luka dan parut. Ia juga membantu agar gigi dan gusi sentiasa sihat.
          •Zat besi - Amat penting untuk kesihatan darah serta fungsi sel-sel darah.
          •Folat - Diet yang menyihatkan dengan jumlah folat yang cukup boleh mengurangkan risiko melahirkan anak yang mempunyai masalah berkaitan otak atau spina.
          •Magnesium - Magnesium adalah penting untuk kesihatan tulang dan terlibat dengan lebih daripada 30 enzim di dalam tubuh manusia. Ketidakcukupan magnesium boleh menyebabkan kekejangan dan tekanan darah tinggi.
          •Kalsium – sangat penting untuk tulang dan gigi yang sihat. Ia juga diperlukan untuk fungsi beberapa otot, saraf dan kelenjar.
          •Natrium - Amat diperlukan untuk fungsi-fungsi sel di seluruh tubuh. Bagaimanapun, kebanyakan makanan mempunyai lebihan natrium yang  sering dikaitkan dengan  tekanan darah tinggi.
          •Kalium - Diet yang kaya dengan kalium boleh membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat.

          Jadikan hidangan anda menarik, hidangkannya dalam pelbagai warna! Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni - campurkan saja sama ada ia  merah, hijau, kuning, jingga, ungu, putih, oren dan sebagainya.
          Hidangan anda bukan saja kelihatan cantik malah mempunyai pelbagai rasa yang enak sekali gus membekalkan pelbagai nutrien untuk tubuh.  Pinggan anda akan kelihatan bak pelangi, cantik dan menarik. Bukan saja anda malah, pastinya anak-anak ceria menikmatinya tanpa dipaksa.
Pelbagaikan diet, jadikannya menarik dan menyelerakan!
Kelebihan buah-buahan dan sayur-sayuran
•Rasanya sedap!
•Menyeronokkan – ada yang rangup, lembut atau berjeli.
• Snek semula jadi  yang mudah didapati, disediakan dan dinikmati.
•Terdiri pelbagai jenis, anda punya banyak pilihan.
•Kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral untuk tenaga dan kesihatan.
•Dapat membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan beberapa jenis kanser.
•Secara semula jadi rendah dalam kalori.
•Penuh dengan nutrien dalam apa bentuk sekalipun – segar, sejuk beku, ditinkan, kering atau jus.

•Warna dan tekstur yang pelbagai yang mampu membuka selera.

Tuesday, 5 May 2015

WHY DO WE GET HEADACHES?

Triggers are Different for Everyone
       Practically, every one of us has experienced headaches. Headaches - whether debilitating migraines or less-painful-but-still-annoying tension headaches—are often set off or made worse by a key trigger, says Brian Grosberg, MD, director of the Inpatient Headache Program at Montefiore Headache Center in New York City. Here, the seven most common pain provokers, and how to head off the hurt.

       You're stressed - Stress accounts for 80 % of all migraines. That's because it causes fluctuations in cortisol and adrenaline—the fight-or-flight hormones—which can lead to pain and nausea, says Sheena K. Aurora, MD, medical director of the Headache Center at Swedish Medical Center in Seattle. Stress can also make you clench your jaw and neck muscles, causing neck pain that, in turn, can set off tension headaches.
Trigger Tamer: Meditation, deep breathing, yoga, and massage can help.
          You're hormonal - The dip in estrogen that occurs just before your period can lead to migraines. Similar hormonal fluctuations can also trigger headaches during pregnancy, perimenopause, and menopause.
Trigger Tamer: Take an over-the-counter nonsteroidal anti-inflammatory drug (NSAID) like naproxen or ibuprofen two days before you expect your period, when the headache is likely to happen. If you're experiencing headaches during pregnancy, ask your doctor to recommend a pain-relief plan.
          The weather's changing - Migraine sufferers may be more likely to be hit when temperatures are high, according to a study in the journal Neurology. Shifts in barometric pressure (the density of the air in the atmosphere) may lead to sinus headaches, too.
Trigger Tamer: Do your best to avoid headache triggers on hot days—and keep an NSAID on hand, just in case.
          You didn't sleep well - Insomnia is associated with low levels of the hormone serotonin. That causes blood vessels in the brain to dilate and activate the trigeminal nerve—the main nerve involved in migraines, Dr. Grosberg says—leading to inflammation and the release of pain-causing chemicals.
Trigger Tamer: Go to bed and get up at the same time every day (even on weekends!), cut down on caffeine, and exercise regularly.
          You sniffed bad cologne - "The trigeminal nerve has projections in the lining of the nose," Dr. Grosberg explains. When you detect a noxious smell, the nerve can release substances involved in producing headaches.
Trigger Tamer: Avoid using perfume or scented cleaning products, soaps, or candles—and steer clear of stores that reek of them. 
       You're blinded by the light - Bright light—from fluorescent bulbs, computer glare, or even the sun—can set off that pesky trigeminal nerve.
Trigger Tamer: If possible, switch from fluorescent lights to softer incandescent bulbs, Dr. Grosberg says. Place a non-glare screen over your computer, and try to cut back your usage.
          You're eating the wrong things—or not eating enough - The most likely offenders: Foods that contain the amino acid tyramine (like red wine and aged cheeses), nitrates (hot dogs, deli cold cuts, and other processed meats), or the amino acid phenylalanine (chocolate). All three substances cause blood vessels to constrict and then expand, causing migraines. Skipping meals triggers them, too, because the brain is hypersensitive to fluctuations in blood sugar, Dr. Aurora says.
Trigger Tamer: Eat and drink water regularly, and make sure those meals high in protein to help keep you satiated and maintain blood sugar levels. It's also crucial to figure out which, if any, foods bother you, and ban them from your diet.

Remember that triggers are different for everyone, so the foods and stressors here are a list of suspects, not convicts: You need to narrow it down to your own personal triggers. Try keeping a headache diary to help you identify the ones that trouble you. If you keep track of patterns over time, you should be able to make changes that will help you cope—without having to sacrifice unnecessarily.

Food triggers
 Here's a partial list of major food triggers, according to the US National Headache Foundation:
• Ripened cheeses (such as cheddar, Emmentaler, Stilton, Brie, and Camembert)
• Chocolate

• Marinated, pickled, or fermented food
• Foods that contain nitrites or nitrates (bacon, hot dogs) or MSG (soy sauce, meat tenderizers, seasoned salt)
• Sour cream
• Nuts, peanut butter
• Sourdough bread
• Broad beans, lima beans, fava beans, snow peas
• Figs, raisins, papayas, avocados, red plums

• Citrus fruits

• Excessive amounts (more than 2 cups total) of caffeinated beverages such as tea, coffee, or cola
• Alcohol (including red wine and beer)

 (Source: www.health.com)