Terngiang-ngiang rasanya di telinga, kata-kata Ustaz Kazim mengingatkan mengenai adab anak-anak zaman sekarang. Antaranya yang selalu berlaku adalah:
1. Masuk bilik ibu bapa tanpa izin
2.
Terjah ke dalam bilik ibu bapa tanpa beritahu atau tanpa bersuara ketika mereka
di dalamnya.
3.
Jamah makanan/minuman sebelum ibu bapa menjamahnya
4.
Menghabiskan makanan/minuman tanpa mempedulikan sama ada ibu bapa sudah
makan/minum atau belum...
5. Terus "sibuk" melayan rakan-rakan atau pun rakan-rakan maya di ruang tamu/di rumah tanpa mempedulikan kepulangan ibu bapa sama ada dari kerja atau tempat lain.
6. Hanya melihat ibu bapa mengangkat barang-barang atau apa saja tanpa menolong.
7. Tidak bangun untuk menghormati ibu bapa dan bersalam apabila mereka tiba di rumah.
8. Tidak menjawab panggilan ibu bapa dengan sopan.
9. Melawan nasihat atau teguran ibu bapa.
10. Tidak memandang ke muka ibu bapa apabila mereka berkata-kata.
11. Bersikap acuh tak acuh apabila ibu-bapa berkata-kata.
12. Dan BANYAK lagi...

Itu
semua KURANG AJAR - kata Ustaz Kazim.
KURANG
AJAR - beberapa kali Ustaz Kazim mengulanginya!
Setaip
kata-kata Ustaz itu aku nilai, sambil bertanyakan, apakah aku atau adik-adik
pernah bersikap demikian terhadap ibu bapaku? Rasanya tidak, namun dalam diam
aku berdoa semoga kami diampun kedua ibu bapa, seandainya pernah terkasar
terhadap mereka tanpa disedari.
Rasulullah
s.a.w. mengarahkan pengikutnya supaya menghormati ibu bapa mereka.
Baginda
meninggalkan pesan bahawa menghormati dan menyayangi ibu bapa adalah anak kunci
ke syurga.
Nabi
bersabda: Sesungguhnya syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.
Nabi
juga pernah berkata, bahawa ibu bapa adalah syurga atau nereka kepada anak-anak
bermakna sikap anak-anak kepada ibu bapa dan juga rasa senang atau sebaliknya
terhadap sikap penghidupan anak-anak akan menentukan corak masa depan
penghidupan anak-anak itu sendiri, sama ada berkat atau celaka.
NAMUN,
NAMPAKNYA ANAK-ANAK SEKARANG TIDAK HORMAT IBU BAPA, TIDAK PEDULIKAN AJARAN
RASULULLAH, DAN MENGETEPIKAN AJARAN AGAMA.
MEMANG
nyata - kebelakangan ini kerap aku lihat ibu bapa yang bagaikan menjadi hamba
anak-anak. Ada ketika aku tertanya, adakah itu merupakan petanda akhir zaman
seperti yang pernah ku dengar ustaz berceramah mengenai hadis yang sedikit
sebanyak menyebut, " ibu bapa akan melahirkan tuan-tuannya..."
No comments:
Post a Comment