Thursday, 17 March 2016

SENGGUGUT SETERUK SERANGAN JANTUNG!

          Kesakitan ketika haid mungkin tidak dapat dibayangkan jika seseorang itu tidak pernah mengalaminya. Malah, ada yang tidak percaya bahawa kitaran bulanan wanita itu boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
          Hakikatnya, ada di kalangan wanita yang terpaksa menanggung kesakitan teruk sehinggakan tidak berdaya melakukan apa-apa, ada juga yang hilang selera makan malah kesakitan itu turut menganggu waktu rehat /tidur. Usah dibayangkan mood mereka ketika hari-hari tersebut!

          Kini, pakar sains percaya bahawa kesakitan ketika haid atau yang disebut senggugut, boleh menyebabkan wanita menderita kesakitan seburuk serangan jantung.
          Menyedari keadaan itu, mulai Mac 2016, pihak berkuasa Wilayah Anhui  di China memperkenalkan cuti bergaji penuh (satu atau dua hari) kepada pekerja wanita yang mengalami senggugut. Tawaran cuti itu bertyujuan melindungi kebajikan golongan wanita di wilayah tersebut. Selain itu, dua lagi wilayah di China iaitu Hubei dan Hainan turut menawarkan cuti kerja bagi pekerja wanita yang mengalami senggugut teruk.
          Apakah negara-negara lain juga akan memberikan cuti seumpama itu?
          Walaupun hakikatnya ramai wanita menderita kesakitan acap kali haid, iaitu seorang bagi setiap lima wanita (mengikut laporan #Quartz), namun terlalu sedikit penyelidikan yang dilakukan mengenainya.
          Pengarah bahagian ginekologi NorthShore University Healthsystem di Chicago, Frank Tu  berkata kebanyakan doktor di latih bahawa ibuprofen "sepatutnya cukup baik" bagi merawat kesakitan seumpama itu.
          Faktor doktor yang merawat juga dikaitkan dalam soal ‘penyakit sengugut’. Ada yang berpendapat doktor lelaki lebih sensitif dan memahami kesakitan senggugut kerana mungkin juga doktor wanita kurang bersimpati ataupun mereka tidak dapat membayangkan kesakitan akibat haid kerana tidak pernah mengalaminya.
           Penulis Quartz, Olivia Goldhill yang menceritakan pengalamannya menderita senggugut berkata, sesetengah doktor bersikap acuh tak acuh apabila diberitahu mengenai gejala senggugut.
          Kebanyakan pakar sakit puan akan secara berterusan memberikan pil perancang keluarga kepada pesakit yang menderita senggugut. Akibatnya, haid wanita itu akan terhenti. Risiko mengamal pil perancang antara lain termasuk pembekuan darah dan kebarangkalian mendapat kanser payudara. Atas sebab itulah, ramai waanita enggan mengamalkan pil yang diberikan, dan cuba menahan sakit senggugut.
          Kedatangan haid bukan sahaja menyebabkan senggugut, sesetengah wanita mengalami tekanan perasaan, sakit kepala (migrain), malah ada yang muntah-muntah pada masa haid. Malangnya, tidak seorang pun doktor yang boleh memberi penjelasan mengenai punca senggugut.
          Kenapa sesetengah wanita mengalami kesakitan ketika haid?
           “Itu soalan cepumas dan kami pun kurang faham untuk menjawabnya,” kata Dr Richard Legro, MD, dari Penn State College of Medicine kepada Quartz.
          Legro dan rakan penyelidikannya mendapati, Viagra mungkin boleh digunakan untuk merawat senggugut. “Kami rasa telah membuat satu sumbangan besar dengan penemuan ini,” katanya.
          Bagaimanapun, penyelidikan itu belum selesai. Banayak lagi maklumat diperlukan sebelum ianya boleh diluluskan sebagai rawatan, tetapi tidak ada pihak yang mahu menaja penyelidikan itu. “Saya sudah tiga atau empat kali membuat permohonan tetapi ditolak.
          “Saya rasa, hakikatnya tak siapa yang menganggap kesakitan haid sebagai sesuatu yang penting dalam soal kesihatan,” tambahnya.
           Sementara itu John Guillebaud, professor bagi kesihatan reproduktif di University College London juga berkata, kesakitan senggugut boleh jadi seteruk “terkena serangan jantung.”
           “Di rujuk sebagai Dismenorea dalam klinikal bagi kesakitan haid yang melampau, tidak ada penjelasan sahih dari segi perubatan mengenai punca senggugut.
          “Lelaki tidak mengalaminya dan senggugut tidak mendapat perhatian sewajarnya. Saya rasa ia perlu diberi perhatian sepertimana aspek perubatan lain.”
          Tambahan pula, gejala itu akan berkurangan setelah melahirkan. Memandangkan masalah itu boleh hilang secara semulajadi, mungkin juga para penyelidik “yang ingin mencipta nama” tidak menganggapnya cukup penting untuk dikaji selidik.
          Ramai juga doktor terdiri dari kalangan wanita tetapi, mereka sendiri pun tidak menganganggap senggugut itu sebagai sesuatu yang serius.
          ”Saya rasa sama saja, doktor lelaki atau wanita. Doktor lelaki tidak mengalami kesakitan itu jadi tidak dapat membayangkan betapa teruknya sakit senggugut. Begitu juga doktor wanita yang tidak mengalaminya. Tapi, pada pendapat saya, doktor wanita juga mungkin kurang rasa simpati hanya kerana mereka tidak mengalami kesakitan semasa haid, dan jika benar sekalipun, mungkin mereka menganggap,
          “Jika saya boleh tahan kesakitan senggugut, begitu juga pesakit,” tambah Guillebaud.


Sumber: Quartz/qz.com